Ketat sangat baju itu Thalita, tidak manis - Utusan Malaysia

Ketat sangat baju itu Thalita, tidak manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi yang juga anak kepada pelawak, Shuib, Thalita Dzahira ditegur netizen selepas mengenakan gaun yang mendedahkan bahagian bahunya pada majlis ‘gender reveal’ kandungan ibu tirinya, Watie Hanifiah, baru-baru ini.

Baru berusia 13 tahun, Thalita yang tampil polos mengenakan baju berona merah jambu lembut itu dianggap tidak sesuai dengan usianya untuk berpakaian sedemikian di acara berkenaan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik penyanyi, Zaki Yamani di Instagram, dia bersama Thalita berjaya memukau tetamu yang hadir ketika mendendangkan lagu Sandarkan Pada Kenangan nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Meskipun persembahan tersebut menuai perhatian ramai namun, terdapat segelintir warganet yang meluahkan rasa kurang senang dengan pakaian yang dikenakan oleh anak pelawak itu.

Bahkan, ada juga yang menasihatkan bapa serta ibu tirinya supaya lebih cakna dengan pemilihan persalinan buat remaja sepertinya.

“Maaf, ketat sangat baju itu, tidak manis. Maaf, menegur,” komen seorang netizen.

“Tak boleh sopan sikit ke pakaian itu Thalita?,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

“Shuib, ambil cakna ya tentang pemakaian anak, awak tanggung semua itu di akhirat nanti. Saya ingatkan saja,” komen netizen.

Baru-baru ini, Watie dan Shuib mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN