PETALING JAYA: Dikatakan semakin berseri, Fazura menasihatkan agar setiap individu untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat kasih sayang yang dirasakan sesama manusia.
Fazura, setiap perasaan yang wujud dalam kehidupan manusia adalah kurniaan Sang Pencipta yang mampu membolak-balikkan hati makhlukNya.
“Kasih sayang yang kita saling rasakan hanya dari Allah SWT. Bersyukur dan berbahagia selalu buat semuanya,” katanya di Threads.
Perkongsian spontan itu secara tidak langsung menuai perhatian rakan baiknya yang juga pereka fesyen, Hatta Dolmat yang gembira dengan sikap positif yang dipamerkan oleh Fazura.
Tambah Hatta, kebahagiaan yang dirasai itu jelas terpancar pada raut wajah pelakon filem Pisau Cukur itu yang kini kelihatan semakin tenang dan berseri-seri.
“Apa yang pasti, awak semakin berseri-seri dari hari ke hari. Saya gembira melihat awak bahagia. Terus gembira dan bahagia,” katanya di ruangan komen.
Dalam masa sama, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat aktres itu bahawa kebahagiaan lahir daripada hati yang sentiasa bersyukur.










