Demi Allah, isu iddah itu saya tidak tuju pada mana-mana pihak - Kamal Adli - Utusan Malaysia

Demi Allah, isu iddah itu saya tidak tuju pada mana-mana pihak – Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Kamal Adli menafikan perkongsiannya mengenai menjaga batas pergaulan sepanjang tempoh iddah yang dilalui bekas isterinya, Uqasha Senrose sebelum ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Kata Kamal, perkongsian tersebut dimuat naiknya secara spontan hanya untuk meluahkan segala perasaan yang terbuku di dalam hatinya selain enggan perkara itu memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.

“Salam rakyat. Perkongsian saya mengenai isu iddah itu saya sumpah demi Allah tidak tujukan pada mana-mana pihak.

“Itu hanya untuk saya dan sangat-sangat nak kongsi dengan anda semua kalau saya tak share saya akan jadi bingung kerana pendam,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama Dia Imamku itu turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan pergaduhan.

“Mohon jangan gaduh atau ungkit ke sampai jadi tak seronok. Tolonglah,” luahnya.

Kamal berkata demikian selepas menyedari perkongsiannya menjadi sorotan ramai bahkan, ada pihak yang cuba membandingkan tindakannya menghormati tempoh iddah isteri dengan aktor terkenal, Fattah Amin.

Terdahulu, Kamal memaklumkan dia sudah sehabis baik menjaga tingkah lakunya sejak berpisah dengan Uqasha demi menghormati tempoh iddah yang dilalui aktres itu.

Selain menjaga batas pergaulan walaupun pada waktu bekerja, Kamal menegaskan fokus utamanya kini hanya untuk membesarkan anak perempuannya, Hawra Uqaira.

Kamal dan Uqasha pernah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 namun, bercerai dengan talak satu pada 12 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN