‘Carilah pasangan hidup, sahabat yang saling menegur untuk menjadi lebih baik, bukan kufur‘ - Utusan Malaysia

‘Carilah pasangan hidup, sahabat yang saling menegur untuk menjadi lebih baik, bukan kufur‘

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nora Danish menasihatkan orang ramai supaya mencari pasangan mahupun rakan yang mampu membawa kebaikan dalam kehidupan.

Kata Nora, kematangan untuk berfikir sebelum bertindak juga penting dalam melatih diri untuk bersangka baik terhadap sesuatu yang berlaku.

“Carilah pasangan hidup dan sahabat yang sama sama menegur untuk menjadi lebih baik, bukan sama naik atau menjadikan kita lebih kufur.

“Belajar untuk berfikir sebelum membuat sebarang penilaian atau tindakan. Tidak salah pun untuk husnuzon,” katanya di Threads.

Turut menjadikan mesej itu sebagai peringatan peribadi, Nora yakin kehidupan setiap individu akan menjadi lebih tenang sekiranya dikelilingi dengan perkara positif.

“Lens kena tukar. Cara kita melihat sesuatu perkara. Pandang dengan mata hati. Nescaya hati jadi lebih tenang. Nota buat diri sendiri,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai respons yang rata-ratanya bersetuju dengan mesej yang disampaikan oleh pelakon drama Puteri itu.

“Suka sangat dengan perkongsian ini. Betul. Carilah yang sama-sama nak jadi lebih baik, bukan sebaliknya,” komen seorang netizen.

“Suka peringatan ini. Memilih untuk melihat perkara dengan lens yang baik amat membantu memberi ketenangan,” kata seorang lagi pengguna akaun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN