Berpeluk mesra dengan jejaka berjambang, Noor Nabila tayang kekasih baharu? - Utusan Malaysia

Berpeluk mesra dengan jejaka berjambang, Noor Nabila tayang kekasih baharu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Nabila bagai memberi bayangan hatinya kini mula terisi kembali selepas berkongsi foto mesra bersama seorang lelaki.

Menerusi hantaran di Instagram Story (Igs), kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti lelaki tinggi lampai dan berjambang tersebut yang dipercayai merupakan kekasih baharunya.

Terdahulu, Nabila tampil memuat naik foto yang mempamerkan keakraban lelaki tersebut bersama putera kesayangannya, Jebat Jayden yang membuat jualan air ‘lemonade’ di hadapan kediamannya.

Lebih mencuri perhatian, pasangan tersebut dilihat serasi bersama selepas berkongsi foto dirinya dipeluk erat oleh lelaki itu ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut dihujani pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya gembira melihat usahawan itu kembali menyulam cinta.

Sekadar info, Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

Kemudian, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021, namun bercerai pada 25 September 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN