Beringatlah, meruntuhkan rumahtangga orang sehingga bercerai itu lebih dahsyat - Fazura - Utusan Malaysia

Beringatlah, meruntuhkan rumahtangga orang sehingga bercerai itu lebih dahsyat – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Fazura tampil mempertahankan sahabatnya, Ricky Rozam yang mendakwa dirinya difitnah oleh seseorang.

Menerusi hantaran di Threads, Fazura berpesan pada sahabatnya itu agar terus kental dan tidak terpedaya dengan fitnah yang dikatakan mampu meruntuhkan rumah tangganya.

“Biarkan penyondol cap kancil fitnah kita macam-macam. Beringatlah, meruntuhkan rumahtangga orang sehingga bercerai itu lebih dahsyat.

“Semoga diri kamu itu cuba bawa bermuhasabah diri dari sentiasa menganiaya dan mencari-cari salah orang lain, pesanan untuk diri kita juga ya sahabat ku Ricky Rozam mudah-mudahan,” katanya membalas perkongsian sahabatnya itu.

Dalam masa sama, pelakon filem Gol dan Gincu itu turut berpesan agar sahabatnya itu reda dengan ketentuan yang berlaku meskipun kebaikannya tidak dihargai pihak berkenaan.

“Sayang Ricky saya selalu. Kalau dia dan keluarga dia tak nak kenang kebaikanmu, redhakan sahaja. Ramai lagi yang menyayangimu dan ingatlah, sesungguhnya Allah ada,” katanya.

Sebelum ini, Ricky meluahkan kekecewaannya apabila seorang individu melemparkan fitnah ke atas dirinya.

Bagaimanapun, lelaki itu dilihat sudah menurunkan semula perkongsian yang dimuat naik dan memadam akaun media sosial tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN