Beradab, tidak suka menunjuk, Que Haidar ada kualiti yang saya suka - Fazura - Utusan Malaysia

Beradab, tidak suka menunjuk, Que Haidar ada kualiti yang saya suka – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nur Fazura mengakui dirinya senang bekerjasama dengan aktor, Que Haidar yang disifatkan penuh beradab dan memiliki budi pekerti yang baik.

Menurut Fazura, dia kagum dengan cara aktor tersebut berfikir dan menjaga kata-katanya sebelum menyampaikan sesuatu perkara ketika berkomunikasi.

“Dia akan berfikir dan susun ayat dia dan dia akan cakap benda yang penting sahaja. Kata-kata dia sangat intelektual. Macam saya seorang yang banyak cakap dan dia sangat pemalu walaupun introvert.

“Tapi apa yang saya boleh nampak adalah dia beradab. Walaupun dia pemalu, tidak banyak cakap tapi dia dengar dan akan letak telefon dia dekat tepi dan akan turut bersembang,” katanya ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok.

Dalam masa sama, Fazura juga kagum dengan kegigihan Que setiap kali cuba menyesuaikan diri dalam kelompok rakan-rakannya.

“Kadang-kadang dia akan buat lawak dan cuba nak sesuaikan diri dengan kawan-kawan saya. Dia cuba. Dan itu adalah kualiti kerana dalam Islam adab sangatlah penting.

“Jadi mereka yang faham agama ini, mereka akan faham soal adab dan banyak lagi. Jadi, dari segi itu saya suka,” jelasnya.

Turut memuji sikap aktor tersebut yang tidak suka menunjuk-nunjuk, Fazura menyifatkan Que sebagai seorang lelaki yang memiliki keperibadian yang berkualiti atau ‘green flag’.

“Dan ibadah dia juga dia tak tunjuk yang mana saya sangat suka itu. Itu salah satu ‘green flag’. Jadi, benda itu tak perlu di uar-uarkan. Dan dalam zaman yang kita nak tunjuk semua benda ini, sangat pelik untuk mereka yang tak suka menunjuk.

“Saya juga percaya dari segi ibadah, sedekah ke, solat ke atau apa-apa sahaja yang kita buat sebolehnya kita sorok. Yang penting niat kita kepada Allah. Apapun, Que ada kualiti dan elemen yang saya suka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN