Banyak perkara yang tidak dapat saya tanyakan lagi kepada ayah - Ramona Zamzam - Utusan Malaysia

Banyak perkara yang tidak dapat saya tanyakan lagi kepada ayah – Ramona Zamzam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ramona Zam Zam, 36, menyentuh hati ramai apabila berkongsi luahan peribadi mengenai keadaan bapanya yang kini terlantar akibat serangan strok sejak setahun lalu.

Menerusi perkongsian di media sosial, Ramona meluahkan rasa sedih kerana bapanya meskipun masih hidup tetapi tidak lagi mampu bercakap atau berjalan seperti dahulu.

Menurut Ramona, pengalaman tersebut memberi kesan mendalam sehingga dia mengambil masa berbulan-bulan untuk bangkit daripada kesedihan yang dialami.

Ayah saya masih hidup, tetapi seakan ‘tidak lagi hidup’. Saya berharap saya telah melakukan perkara ini lebih awal.

Apabila saya mula menguruskan dokumen keluarga, saya menemui begitu banyak perkara tentang kerjayanya, perkara yang saya harap telah saya tanyakan ketika ayah masih muda dan kuat. Kini, saya tidak akan mendapat peluang itu lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ramona menasihati orang ramai agar tidak mensia-siakan masa bersama ibu bapa yang masih ada.

Jika ayah anda masih hidup, jangan tunggu. Luangkan masa untuk berbual, tanya tentang kehidupan mereka dan kenali mereka dengan lebih mendalam sebelum terlambat. Saya telah kehilangan masa saya,” katanya lagi.

Selain itu, Ramona turut menegaskan bahawa pesanan tersebut bukan sahaja ditujukan kepada bapa, malah juga kepada golongan ibu.

Di bulan Ramadan ini, saya mohon doa semua agar ayah saya cepat sembuh,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-rata tersentuh dengan keikhlasan luahan berkenaan serta turut mendoakan kesihatan bapanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN