Aedy Ashraf setuju lelaki miskin belum layak kahwin - Utusan Malaysia

Aedy Ashraf setuju lelaki miskin belum layak kahwin

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aedy Ashraf, berpandangan lelaki perlu membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Pandangan itu dizahirkan susulan satu hantaran di media sosial Threads oleh seorang pengguna yang menegaskan kaum lelaki tidak seharusnya tergesa-gesa berkahwin sekiranya belum bersedia dari segi kematangan diri serta tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Menurut individu berkenaan, kemiskinan yang dimaksudkan bukan sekadar melibatkan aspek kewangan, sebaliknya merangkumi kekurangan dari segi pemikiran, empati, jati diri, keimanan, ilmu, amanah, tanggungjawab, komunikasi, hala tuju hidup, emosi dan mentaliti.

Perkongsian itu menarik perhatian Aedy yang tampil memberi respons ringkas dengan mengakui pernah berada dalam situasi sedemikian.

“Sangat setuju, aku salah seorang produk jenayah itu,” tulisnya.

Kenyataan tersebut kemudiannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya memuji keterbukaan serta kejujuran pelakon itu mengakui kelemahan diri.

Dalam masa sama, ramai menyifatkan perkongsian berkenaan sebagai satu bentuk refleksi diri dan pengajaran berguna khususnya buat golongan lelaki yang merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN