Wanna Ali kini hamil cahaya mata sulung - Utusan Malaysia

Wanna Ali kini hamil cahaya mata sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Wanna Ali bakal menimang cahaya mata yang pertama setelah hampir setahun melayari bahtera perkahwinan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali meluahkan rasa syukur atas kehidupannya yang disusun rapi oleh tuhan.

Difahamkan, pelakon drama ‘Bukan Sekadar Lafaz’ itu bakal melahirkan anak sulungnya lebih kurang tiga bulan dari tarikh berita gembira yang dikongsi pada Khamis.

“Dalam tempoh setahun lebih saja. Allah tulis semula hidup saya.Dari merisik, tunang, bernikah dna kini cinta kecil kami sedang membesar dalam rahim saya.

“25 minggu mengandung hasil cinta kami dan tinggal 3 bulan lagi sebelum ia bukan lagi hanya tentang saya dan awak tapi tentang kami.

“Masa berlalu terlalu pantas, namun setiap detik terasa disusun rapi oleh tuhan. Saya tidak akan mengubah walau satu pun,”katanya.

Dalam pada itu, Wanna turut bersyukur dikurniakan pasangan hidup yang disifatkan sebagai suami terbaik sepanjang tempoh kehamilannya.

“Buat suami, sejujurnya saya tak tahu siapa saya tanpa awak di sisi. Alhamdulillah atas cinta, keluarga dan keajaiban ini.

“Terima kasih Ya Allah,”katanya.

Untuk rekod, Wanna dan Khairul selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup pada 9 Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN