SPWinds Seri Puteri bergabung dengan Amir Masdi, sasar pentas antarabangsa - Utusan Malaysia

SPWinds Seri Puteri bergabung dengan Amir Masdi, sasar pentas antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) dari Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya terus membuktikan kecemerlangan seni apabila meraih Anugerah Emas di World Orchestra Festival ke-11 di Vienna pada 2025, sekali gus mengukuhkan reputasi sebagai antara orkestra sekolah terbaik negara.

Kejayaan itu menjadi manifestasi pendidikan holistik yang menekankan disiplin, kepimpinan, kerja berpasukan dan bakat murid secara menyeluruh, selain mencerminkan sokongan padu sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam melahirkan murid berdaya saing di peringkat global.

Sebagai usaha memperkasa pembangunan bakat, SPWinds kini menjalin kerjasama dengan penyanyi terkenal Amir Masdi yang bakal menyokong perjalanan seni dan pembelajaran muzik orkestra tersebut. Kolaborasi ini turut menjadi persediaan menjelang World Music Contest (WMC) 2026 di Kerkrade, Belanda pada Julai nanti.

“Saya berbesar hati untuk menganjurkan konsert sulung bersama SPWinds. Dedikasi dan disiplin para pemuzik mudanya amat menginspirasikan, dan saya berharap dapat menyokong perjalanan mereka melalui muzik secara bermakna,” kata Amir.

Presiden Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SPWinds (KSIB), Shah Rizal Jazib, pula menegaskan bahawa penglibatan Amir mengukuhkan visi artistik SPWinds dalam persediaan ke arah platform antarabangsa dengan sokongan berterusan daripada ibu bapa dan komuniti.

Konsert sulung bersama Amir Masdi akan menjadi platform utama kutipan dana bagi menyokong perjalanan SPWinds ke WMC 2026. Semua hasil kutipan akan disalurkan kepada SPWinds, dengan pihak sekolah turut mengalu-alukan sumbangan individu dan tajaan korporat.

Tiket konsert mula dijual pada 30 Januari 2026, jam 3 petang melalui laman web TicketEmpire dengan harga bermula RM178 hingga RM378.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn. Lina Rashid (019-275 8571) atau Pn. Shahriyah (019-435 2090).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN