Dua sahabat didakwa seludup lapan wanita Filipina

Dua sahabat didakwa seludup lapan wanita Filipina

AZMAR Edward Dean Omar (kanan) dan Mohammad Sharif Marican (tengah) mengaku tidak bersalah menyeludup lapan migran wanita warga Filipina di Mahkamah Tinggi, Tawau, Sabah hari ini. - UTUSAN/NASRAWATI SYARIFUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup lapan wanita warga Filipina, Ogos lalu.

Tertuduh, Azmar Edward Dean Omar, 49, dan Mohammad Shariff Marican, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Steve Ritikos.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa menyeludup lapan migran wanita warga Filipina berusia antara 21 hingga 31 tahun.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 11.30 malam hingga pukul 3 pagi, 9 dan 10 Ogos 2025 di Sungai Bilis, Kampung Sungai Bilis sehingga tempat letak kenderaan hadapan Hospital Lahad Datu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Juhn Tao manakala Azmar Edward diwakili peguam Jakariya Ab. Jalil, sementara Mohammad Shariff tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan memandangkan pertuduhan dibuat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA).

Mahkamah turut membenarkan lantikan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili Mohammad Shariff dan menetapkan 17 April ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN