Pablo Amirul bakal nikah 2 Februari ini - Utusan Malaysia

Pablo Amirul bakal nikah 2 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Pablo Amirul berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan hatinya, Hana Rose, pada awal bulan depan.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Air Force The Movie itu memuat naik kad jemputan perkahwinan yang memaklumkan majlis akad nikah mereka dijadual berlangsung pada Isnin, 2 Februari 2026.

Dalam perkongsian tersebut, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas jodoh yang telah ditentukan buat dirinya.

“Maha suci Allah atas segala ketetapan yang hanya milik-Nya. Maut, rezeki dan jodoh, rancanglah sehebat mana pun, namun Allah SWT juga yang menentukan,” tulisnya.

Menurut pelakon itu lagi, usaha, tawakal, doa serta ibadah merupakan tanda kesetiaan seorang hamba kepada Pencipta-Nya.

Pablo turut berkongsi petikan ayat 21, Surah Ar-Rum yang menggambarkan kasih sayang dan ketenangan yang dikurniakan Allah SWT kepada pasangan suami isteri.

Untuk rekod, pada April tahun lalu, Pablo pernah mendedahkan dirinya sedang menjalinkan hubungan serius dengan seorang pakar estetik yang dikenali sebagai Dr. Hana Rose.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN