Letak harga tinggi tetapi sikap, hasil kerja tidak sepadan - Nelissa Nizam - Utusan Malaysia

Letak harga tinggi tetapi sikap, hasil kerja tidak sepadan – Nelissa Nizam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Nelissa Nizam berpendapat penetapan bayaran seseorang artis merupakan hak individu yang tidak seharusnya dipertikaikan secara terbuka, malah perlu dihormati oleh semua pihak dalam industri.

Menurut Nelissa, setiap pelakon berhak menentukan nilai bayaran mereka sendiri berdasarkan kemampuan serta penilaian peribadi terhadap kualiti kerja yang ditawarkan.

“Terpulang kepada masing-masing untuk menetapkan ‘demand’ kerana itu adalah nilai yang mereka letakkan pada diri sendiri. Tidak perlu mempertikaikan atau mempersoalkan perkara tersebut. Jika rasa tidak sesuai, pihak produksi boleh memilih untuk tidak mengambil mereka,” katanya.

Nelissa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran HER Series: Preview High Tea di Royal Chulan, di sini, semalam.

Tambah Nelissa, setiap pelakon juga perlu sedar bahawa kadar bayaran yang diletakkan harus seiring dengan mutu kerja, profesionalisme serta sikap ketika berada di set penggambaran.

“Kalau letak harga tinggi tetapi sikap dan hasil kerja tidak sepadan, ia juga tidak mendatangkan kebaikan. Nilai itu perlu selari dengan pulangan yang mampu diberikan kepada pihak produksi.

“Pelakon juga perlu sedar bahawa jika mereka meletakkan harga tertentu, mereka tidak boleh berkecil hati sekiranya kurang menerima tawaran,” ujarnya.

Pelakon drama Dia Semanis Honey itu turut menegaskan kepentingan perbincangan dan sikap bertolak ansur antara pelakon dan pihak produksi dalam menentukan hala tuju kerjaya masing-masing.

“Segalanya perlu dibincangkan dengan baik. Pelakon perlu jelas sama ada mereka mahu mengejar peluang, pengalaman atau pulangan kewangan. Semua ini saling berkait,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nelissa turut melancarkan koleksi perniagaan terbaharunya menerusi HER Series: Preview High Tea yang akan tampil dengan empat episod sepanjang tahun ini.

Episod pertama koleksi tersebut menampilkan pemilihan rona merah ‘bold’ yang melambangkan keyakinan diri serta semangat memperkasa wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN