Kamal Adli hampa hasrat bertemu anak tidak kesampaian

Kamal Adli hampa hasrat bertemu anak tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa hampa apabila perancangannya untuk bertemu dengan puteri kesayangannya, Hawra Uqaira tidak kesampaian.

Lebih mengecewakan, Kamal menganggap kegigihannya pulang ke Kuala Lumpur seolah sia-sia apabila agenda utamanya untuk bertemu anak tidak tercapai.

“Rancangan tidak berjaya. Tak dapat jumpa dengan Hawra. Sia-sia turun Kuala Lumpur,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama Dia Imamku itu turut memohon maaf kepada orang ramai kerana belum berkesempatan untuk berkongsi foto terkini bersama anak kesayangannya.

“Maaf rakyat, tiada gambar boleh dikongsikan,” katanya ringkas.

Perkongsian tersebut sekaligus meraih pelbagai respons dari netizen yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat Kamal di ruangan komen.

Kamal bagaimanapun dilihat telah memadam semula perkongsian yang dimuat naik pada malam Khamis tersebut.

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Kamal dan Uqasha Senrose mula menjadi sorotan ramai selepas aktres itu memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman.

Kamal bagaimanapun enggan melafazkan talak terhadap Uqasha dan masih mahu mempertahankan bahtera perkahwinan yang terbina sejak empat tahun lalu demi masa depan anaknya, Hawra.

Untuk info, Kamal dan Uqasha sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN