Inara Rusli kerugian besar, kontrak ditangguhkan gara-gara isu perselingkuhan - Utusan Malaysia

Inara Rusli kerugian besar, kontrak ditangguhkan gara-gara isu perselingkuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Personaliti media sosial, Inara Rusli berdepan kerugian besar apabila hampir keseluruhan kontrak kerjanya terpaksa ditangguhkan susulan kes dakwaan perselingkuhan yang mengaitkan namanya.

Peguam yang mewakili Inara, Daru Quthny berkata, anak guamnya terpaksa menangguhkan banyak projek yang sedang dirancang berikutan kes berkenaan.

Bagaimanapun, jumlah sebenar kerugian yang dialami tidak didedahkan.

“Jumlah tepat kami tidak ketahui, namun boleh dipastikan kerugiannya agak besar kerana banyak kontrak yang akhirnya tidak dapat diteruskan,” katanya.

Menurut Daru, Inara kehilangan hampir keseluruhan kontrak kerjanya yang melibatkan pelbagai kerjasama komersial.

Untuk rekod, Inara mempunyai beberapa sumber pendapatan antaranya perniagaan fesyen muslimah, produk penjagaan kecantikan, kerjasama pengiklanan serta peranan sebagai duta jenama bagi beberapa syarikat.

“Buat masa ini mungkin hanya satu atau dua kontrak sahaja yang masih berjalan. Namun, sebahagian besar iaitu hampir 90 peratus masih tertangguh sementara menunggu kes ini diselesaikan,” katanya.

Selain menjejaskan kewangan, kes tersebut turut memberi kesan terhadap keadaan emosi Inara.

“Dari sudut mental, sudah tentu Inara terkesan. Tidak mungkin tidak, kerana dia juga seorang wanita,” katanya.

Dalam pada itu, pihak Inara memilih untuk tidak banyak memberi kenyataan kepada media bagi meredakan keadaan serta memberi tumpuan kepada usaha mencapai penyelesaian secara baik dengan isteri pertama suaminya yang juga pengadu kes, Wardatina Mawa.

“Pertimbangan untuk tidak terlalu terbuka kepada media adalah bagi meredakan keadaan agar tidak timbul kekecohan daripada pihak tertentu,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan terus mendapatkan perlindungan undang-undang serta mengadakan perbincangan bagi merealisasikan keadilan restoratif.

Sebelum ini, Inara Rusli dan suaminya, Insanul Fahmi dilaporkan oleh Wardatina Mawa atas dakwaan perzinaan pada 22 November 2025 dengan bukti berupa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman Mawa.

Inara mengaku telah bernikah secara siri dengan usahawan dari Medan itu kerana menyangka Insanul Fahmi telah bercerai.

Berikutan kontroversi yang tercetus, wanita berusia 32 tahun itu turut memaklumkan telah berusaha menghubungi Wardatina Mawa untuk memohon maaf, namun semua akses komunikasinya telah disekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN