PETALING JAYA: “Sekarang ayah tiri aku pula dituduh penagih. Benda yang sama kena pada mak aku dulu.”
Demikian kata pelakon, Puteri Balqis yang lantang mempertahankan bapa tirinya yang tidak terkecuali menerima tohmahan dari netizen.
Menurut Balqis, bapa tirinya, Farris tidak mudah termakan hasutan sesetengah pihak yang mengajaknya untuk mengambil barang terlarang seperti yang didakwa sesetengah pihak yang tidak menyukainya.
“Sebelum ada yang ragu-ragu termakan hasutan mereka yang bencikan aku. Aku jelaskan di sini. Ayah tiri aku, Farris hari-hari bekerja.
“Kalau mak aku sakit di rumah atau masuk wad, dia akan jaga mak aku sepenuhnya.Di set penggambaran, kalau artis dan kru ajak dia hisap dadah, dia akan senyum, tolak dan terus tinggalkan tempat itu.
“Sama macam apa yang mak aku buat dulu,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story (Igs).
Enggan berdiam diri, pelakon drama Akulah Balqis itu turut meminta pihak yang didakwa menuduh bapa tirinya mengambil barang terlarang tersebut untuk kemukakan bukti yang sahih.
“Pada mereka yang membenci aku, sila sampaikan pada ketua anda. Soalan paling ringkas abad ini dari kami. Bukti?
“Tak akan tiba kat keluarga kami tak perlu bukti? Tak akan tiba pada keluarga kami ‘Alahh tgok pun tahu’ ,”katanya lagi.










