Amaran kepada individu berstatus Datuk, jangan beri anak isteri makan duit haram -Linda Rafar

Amaran kepada individu berstatus Datuk, jangan beri anak isteri makan duit haram -Linda Rafar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Linda Rafar tampil memberi amaran tegas kepada sekumpulan individu berstatus ‘datuk’ selepas mendakwa dirinya dianiya sehingga mengalami kerugian hampir mencecah RM1 juta.

Linda berkata, pendedahan tersebut dilakukan sebagai peringatan awal buat pihak terbabit untuk memulangkan semula wang tersebut yang difahamkan sudah berlarutan selama enam bulan

“Saya tahu kuasa viral di media sosial sangat laju di zaman ini. Saya hanya mahu beri amaran pertama kepada sekumpulan individu berstatus datuk yang telah aniaya saya sehingga saya mempercayai mereka dan menyerahkan wang ringgit berjumlah hampir RM1 juta.

“Mereka tidak lari tapi sudah hampir enam bulan mereka berjanji untuk selesaikan secepat mungkin tetapi sampai 2026 masih lagi senyap,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Linda turut meluahkan rasa kesalnya kerana isu tersebut secara tidak langsung menjejaskan hasrat murninya untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Doakan segala masalah yang sedang saya lalui ini dipermudahkan Allah SWT dan doakan mereka ini segera untuk selesaikan hal ini.

“Mereka tidak sedar duit-duit itulah saya gunakan untuk membantu anak-anak tahfiz, anak yatim dan fakir miskin.

“Maka balasan besar jika mereka aniaya golongan ini. Mungkin doa-doa anda yang mampu mengubah segalanya,” jelasnya.

Enggan mendedahkan identiti individu yang terlibat, penyanyi lagu Trauma itu juga sempat memberikan peringatan tentang bahana memakan duit haram di akhirat kelak.

“Saya tidak mahu mendedahkan dahulu wajah mereka tetapi saya harap dengan hantaran ini mereka hubungi saya dalam kadar segera.

“Jangan beri anak isteri makan duit haram ya, seksa di akhirat amat pedih!,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN