Soal jodoh saya serahkan kepada Tuhan - Cik Epal

Soal jodoh saya serahkan kepada Tuhan – Cik Epal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti dan pempengaruh media sosial, Cik Epal, tampil menjelaskan status hubungannya bersama pembantu peribadi, Ammar, selepas kemunculan mereka yang kerap bersama mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.

Tumpuan terhadap hubungan mereka semakin banyak apabila kedua-duanya turut dilantik sebagai duta bersama bagi kempen pakaian raya Jakel baru-baru ini.

Ia sekali gus mengundang pelbagai andaian bahawa hubungan itu lebih daripada sekadar urusan kerja.

Bagaimanapun, Cik Epal menegaskan kehadiran Ammar dalam kehidupan hariannya adalah atas faktor profesional semata-mata dan tiada kaitan dengan hubungan peribadi.

“Ramai tahu pada waktu ini, saya sedang sibuk membangunkan restauran Pizza Mendonia dan saya memang memerlukan Ammar, sebab itu dia sentiasa bersama saya. Kami rakan sekerja sahaja.

“Soal jodoh, saya serahkan kepada Tuhan. Buat masa ini saya selesa bekerja dengan dia dan banyak perkara saya kongsikan bersama, malah dia juga sering memberi nasihat yang berguna,” katanya.

Menurut Cik Epal, urusan jodoh adalah perkara yang berada di luar perancangannya sebagai manusia.

“Saya serah pada takdir. Kalau ada jodoh, ada. Kalau tiada, kita gembira sahaja bekerja bersama.

“Kepada yang mendoakan, Alhamdulillah, kami terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Sementara itu, Ammar turut mengulas perkara sama dan menegaskan hubungannya dengan Cik Epal adalah atas dasar profesional sebagai pekerja.

“Saya pekerja dia, jadi memang serasi dari segi kerja. Hubungan kami urusan kerja sahaja.

“Sekarang ini fokus saya bekerja. Soal masa depan, kita tak tahu bagaimana,” katanya.

Sebelum ini, kemunculan Cik Epal dan Ammar yang sering dilihat bersama dalam beberapa acara serta perkongsian di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk ada yang secara terbuka merestui dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN