Saya beli rumah dengan rezeki dan tenaga yang Allah izinkan - Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

Saya beli rumah dengan rezeki dan tenaga yang Allah izinkan – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Uqasha Senrose tampil mempertahankan dirinya selepas menerima kecaman dan tuduhan daripada seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan caranya mencari rezeki sehingga mampu membeli sebuah rumah baharu.

Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial, Uqasha menegaskan bahawa pembelian rumah tersebut dilakukan menggunakan rezeki serta kudratnya sendiri yang diizinkan oleh Allah.

Malah, Uqasha juga menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya dia sengaja mencari publisiti bagi tujuan tersebut.

“Ya Tuhan, apakah kaitan antara berdiam diri, mengumpul wang dan publisiti dengan pembelian rumah?

“Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir. Sekurang-kurangnya saya membeli rumah dengan rezeki saya sendiri dan dengan tenaga yang Allah izinkan.

“Siapakah anda untuk mempertikaikan keberkatan tersebut? Adakah anda ingin mengambil alih urusan Allah?” katanya di Thread.

Tambah Uqasha, pembelian rumah itu dilakukan demi menyediakan tempat tinggal yang lebih baik untuk membesarkan anaknya, selain menegaskan dia tidak pernah mengambil hak orang lain.

“Saya hanya mencari tempat untuk membesarkan anak saya. Tidakkah ada rasa timbang rasa? Tidakkah ada rasa belas kasihan? Adakah saya mencuri wang orang lain?

“Sama ada saya merintih lebih awal atau lewat, yang penting Allah sentiasa ada dan Allah menunjukkan jalan,” ujarnya.

Selain itu, Uqasha turut mengingatkan bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan mengakui dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa.

“Daripada kesilapan itu, kita belajar untuk menjadi insan yang lebih baik. Insya-Allah, doakanlah yang baik-baik,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik hantaran yang mempertikaikan tindakan Uqasha, malah mendakwa pelakon itu sengaja ‘memekak’ di media sosial demi meraih publisiti bagi mengumpul wang membeli rumah.

Antara yang ditulis adalah seperti berikut.

“Patutlah Uqasha memekak, banyak nak publisiti rupanya kumpul duit nak beli rumah.Dah dapat rumah, diam elok je macam orang normal.

“Tapi persoalannya berkat ke guna cara ini untuk cari rezeki? Saya cuma andaian sebab sebelum ini Uqasha tak pernah merentan teruk walaupun waktu itu baru lepas beranak. Kenapa sekarang? Saya cuma memerhati, yang tahu hanya Tuhan,”tulis individu itu.

Hantaran tersebut bagaimanapun telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen, sekali gus mendorong Uqasha tampil memberikan penjelasan dan mempertahankan dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN