Qadejah simpan angan miliki gelang bernilai RM25,000 - Utusan Malaysia

Qadejah simpan angan miliki gelang bernilai RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah El Zahra, menarik perhatian apabila menyuarakan keinginan untuk memiliki seutas gelang bernilai RM25,000 sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-15.

Menurut Qadejah, gelang berjenama mewah itu hanya dijual di butik eksklusif luar negara dan tidak terdapat di pasaran tempatan.

“Saya ada minta gelang berharga sekitar RM25,000 daripada abah. Saya jumpa dalam laman web rasmi jenama itu baru-baru ini.

“Saya memang minat sejak beberapa minggu lepas. Di Malaysia memang tiada, kena beli di luar negara. Abah pun kaya dan menawan, harap abah belikan,” katanya berseloroh.

Qadejah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya bersama dua adiknya, Ibraheem Adham dan Raudhah Ashiyah, yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, anak kedua daripada enam beradik itu menzahirkan rasa syukur atas kehidupan serba cukup yang dinikmatinya, selain menghargai kasih sayang yang dicurahkan keluarga.

“Usia 15 tahun ini ibarat fasa mencari diri. Kadang-kadang kita sendiri tak pasti hala tuju kerana masih terlalu muda untuk buat keputusan besar.

“Tapi saya sangat bersyukur. Saya ada abah dan mama yang terbaik, serta adik-beradik yang sentiasa menyokong.

“Itu sudah cukup membuatkan saya bahagia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN