Nubhan angkut keluar barang bekas isteri

Nubhan angkut keluar barang bekas isteri, ini bukan kali pertama berlaku – Dr Fie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial yang juga bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan Ahamad, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila mendakwa barang-barang peribadinya telah dikeluarkan dari rumah tanpa pengetahuan serta persetujuannya.

Menerusi luahan di media sosial, Dr. Afifah mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia sedang berada di luar negara bersama anak-anak, sebelum mengetahui bahawa barangan miliknya telah diangkut keluar dan diletakkan di hadapan rumah ibunya.

Menurutnya, perbuatan tersebut bukan kali pertama berlaku malah disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana dilakukan tanpa sebarang notis awal.

“Saya berada di luar negara dan tiba-tiba dimaklumkan barang-barang saya telah dikeluarkan dari rumah.

“Barang-barang itu diletakkan di depan rumah ibu saya tanpa sebarang makluman. Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku,” katanya di Threads.

Dr Afifah turut mempersoalkan di mana barang-barang berharga miliknya termasuk wang tunai dan emas yang didakwa tidak diketahui keberadaannya, selain mendakwa kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman tersebut turut ditutup.

Dr. Afifah turut meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan serta haknya sebagai bekas isteri, termasuk mempersoalkan tindakan menyentuh barang peribadi tanpa kebenaran dan mengapa hanya barang-barangnya sahaja yang dikeluarkan, sedangkan barangan anak-anak masih berada di rumah.

“Sekurang-kurangnya tunggulah urusan harta sepencarian diselesaikan atau bincang secara baik. Kenapa perlu buat secara mengejut begini?” katanya.

Dalam masa sama, dia turut menafikan dakwaan bahawa dirinya menerima pelbagai pemberian seperti rumah, kereta dan klinik sebagai hadiah, sebaliknya mendakwa pemberian tersebut dibuat atas dasar kandungan media sosial semata-mata.

Luahan itu turut memperlihatkan tekanan emosi yang dialami apabila berdepan pelbagai urusan melibatkan perceraian, hak jagaan anak, hal hospital, pembantu rumah dan isu perumahan yang berlaku bertimpa-timpa dalam tempoh singkat.

Dalam pada itu, Dr. Afifah turut merayu kepada Nubhan agar diberikan ruang untuk bernafas dan menenangkan diri, selain mengharapkan keadilan terhadap apa yang berlaku.

Setakat ini, pihak Nubhan Ahamad belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN