Lalui fasa ibu tunggal, Dayana Roza mohon pengikut doa yang baik-baik - Utusan Malaysia

Lalui fasa ibu tunggal, Dayana Roza mohon pengikut doa yang baik-baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Dayana Roza menitipkan doa kepada Yang Maha Esa agar dikurniakan kesihatan yang baik serta kekuatan diri bagi membesarkan dua cahaya matanya dengan sempurna, seiring fasa baharu kehidupannya sebagai ibu tunggal.

Menerusi hantaran di Threads, Dayana atau nama penuhnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, meluahkan rasa syukur melihat anak-anaknya menikmati setiap detik bersama yang sekali gus menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

“Ibu seronok, anak juga turut seronok, insya-Allah. Semoga Allah luaskan pintu rezeki dan diberikan kesihatan yang baik supaya boleh besarkan dua nyawa saya (anak-anak) dengan sempurna,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Dayana turut memohon doa daripada warganet agar dirinya terus tabah dan dipermudahkan urusan dalam melalui fasa kehidupan baharu sebagai ibu tunggal.

“Tak minta banyak, minta kalian yang baca perkongsian ini doakan yang baik-baik,” katanya.

Terdahulu, Dayana mengesahkan dia telah bercerai dengan suaminya, usahawan A’dale Adham Ayahudin pada 18 Disember lalu.

Menurut Dayana, keputusan untuk berpisah dibuat atas dasar tiada lagi persefahaman antara mereka, meskipun telah berusaha mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Untuk rekod, Dayana dan A’dale mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika, 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN