‘Konvoi motosikal hanya perkara kecil'

‘Konvoi motosikal hanya perkara kecil berbanding kejayaan penganjuran Himpunan Melayu’

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua dari kiri) mengetuai konvoi motosikal bersama Menteri Besar SG4 ke Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penganjur Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah dan Himpunan Alam Melayu 2026 menyifatkan isu konvoi bermotosikal  SG4 yang diadakan sempena program tersebut sebagai perkara kecil dibandingkan dengan kejayaan penganjurannya.

Pengarah program, Dr .Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, isu itu tidak seharusnya menenggelamkan kejayaan penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah dan Himpunan Alam Melayu 2026.

“Mereka cuba menutup kejayaan ijtimak itu yang mendapat sambutan luar biasa dan membawa agenda besar penyatuan umat Melayu Islam,” kata kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilaporkan mempertikai penganjuran konvoi SG4 pada hari terakhir program berkenaan yang disifatkan tidak sensitif terhadap isu krisis tenaga, selain dianggap sebagai pembaziran.

Katanya, kerajaan di seluruh dunia sedang bertindak segera menangani krisis bahan api dengan menjimatkan penggunaan, membina simpanan dan mempersiapkan ekonomi masing-masing menghadapi ketidaktentuan yang berpanjangan.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Moktar menyifatkan acara konvoi bermotosikal sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 di Kuala Nerus, Terengganu sebagai simbol perjalanan sebagai satu ummah.

Menurut Menteri Besar Terengganu berkenaan, mereka yang berhimpun dalam acara itu adalah kerana ingin membawa mesej jelas iaitu apabila bersatu maka ummah menjadi kuat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN