Kami saling menjaga aib, tidak burukkan sesama sendiri - Yassin Sulaiman - Utusan Malaysia

Kami saling menjaga aib, tidak burukkan sesama sendiri – Yassin Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya menzahirkan rasa syukur apabila rakan-rakan seperjuangannya dalam kumpulan tersebut memilih untuk menjaga aib serta tidak mengeruhkan keadaan ketika namanya dikaitkan dengan isu penahanan di Jeddah, Arab Saudi sebelum ini.

Yassin, 47, berkata, sebagai ahli paling muda dalam Senario, dia mengakui hubungan persaudaraan yang terjalin hampir tiga dekad itu menjadi benteng kekuatan ketika berdepan ujian besar dalam hidupnya.

“Saya ini memang umpama adik bongsu dalam Senario. Walaupun usia semakin meningkat, bagi mereka saya tetap bongsu. Kami sudah hampir 30 tahun bersama, jadi saya cukup memahami sikap abang-abang saya.

“Walau serancak mana pun mereka di atas pentas, dalam hal melibatkan maruah dan aib, mereka sangat menjaga. Mereka tidak akan memburukkan keadaan sebaliknya cuba menutup kelemahan saya,” katanya.

Selain itu, Yassin turut menjelaskan rakan-rakan Senario lebih selesa sekiranya dia sendiri tampil memberikan penjelasan terhadap isu yang berlaku.

“Mereka selalu pesan, kalau kita yang buat, kita juga yang kena jawab. Jadi mereka beri ruang untuk saya jelaskan sendiri perkara sebenar,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert The Last Kopek Senario: Union 30 Tahun di Hotel Sunway Putra, di sini, semalam.

Mengulas sama ada pengalaman tersebut meninggalkan kesan trauma, Yassin menegaskan, dia memilih untuk melihatnya sebagai satu ujian kehidupan.

“Trauma tiada dalam kamus hidup saya. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Semua yang terjadi adalah pengajaran untuk saya lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya,” ujarnya.

Sebelum ini, kehilangan Yassin daripada beberapa program melibatkan Senario sejak penghujung tahun lalu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Situasi semakin hangat apabila media melaporkan pada Oktober lalu mengenai seorang pelawak tempatan yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah atas dakwaan berkaitan pemilikan ganja, sekali gus mencetuskan spekulasi yang mengaitkannya dengan Yassin.

Bagaimanapun, ahli Senario memilih untuk berdiam diri sehinggalah Yassin sendiri tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut Yassin, dia tidak ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, sebaliknya ia berpunca daripada salah faham dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

Dia turut berkongsi kegembiraan untuk menunaikan ibadah umrah bersama 24 rakan artis veteran bertukar menjadi detik sukar apabila ditempatkan di sebuah lokap khas tahanan berkaitan dadah.

Malah, ketika itu dakwa Yassin, dia sendiri tidak pasti apakah kesalahan sebenar sehingga ditahan selama enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN