Daiyan Trisha mohon laporkan akaun palsu - Utusan Malaysia

Daiyan Trisha mohon laporkan akaun palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha menggesa orang ramai supaya tampil membuat laporan terhadap sebuah akaun media sosial palsu yang didakwa menyamar sebagai dirinya serta menyebarkan maklumat tidak benar.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Daiyan atau nama lengkapnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 32, meluahkan kekesalan terhadap tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa dirinya telah bertukar agama.

Lebih membimbangkan, menurut penyanyi lagu Penat itu, akaun palsu terbabit itu bukan kali pertama muncul di platform media sosial berkenaan, malah telah beberapa kali digantung sebelum diaktifkan semula.

“Boleh tak semua orang tolong laporkan akaun ini. Ia jelas palsu dan saya sudah sangat penat.

“Akaun ini sudah digantung banyak kali tetapi masih muncul semula.

“Saya tidak faham apa motifnya dan mengapa. Hentikanlah perkara mengarut ini,” luahnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet tampil menyelar perbuatan individu di sebalik akaun palsu tersebut yang disifatkan keterlaluan serta tidak beretika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN