Abby Abadi simpan angan mahu lihat Marissa ada majlis persandingan - Utusan Malaysia

Abby Abadi simpan angan mahu lihat Marissa ada majlis persandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Abby Abadi meluahkan hasrat untuk mengadakan sebuah majlis persandingan yang lengkap dengan adat dan tradisi buat anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, sebagai seorang ibu, dia menyimpan angan-angan agar anaknya itu dapat merasai detik bersejarah yang indah seperti pasangan pengantin lain.

Menurut Abby, Marissa juga berhak diraikan sebaiknya dalam sebuah majlis yang menjadi kenangan abadi sepanjang hayat.

“Saya tengah berangan, doakan untuk anak saya Marissa Dania ada rezeki merasa majlis yang indah-indah. Supaya menjadi kenangan abadi untuk diri dia.

“Sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya. Semoga ada rezeki untuk anak ini. Majlis yang serba indah, yang penuh ketenangan,” katanya.

Tambah pelakon yang pernah mencipta populariti menerusi drama bersiri Gerak Khas itu, dia turut menitipkan doa agar kehidupan rumah tangga Marissa sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan. Lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman,” ujarnya.

Marissa Dania telah bernikah dengan jejaka pilihannya, Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Thailand pada 27 Disember 2023.

Difahamkan, sehingga kini pasangan berkenaan masih belum mengadakan sebarang majlis resepsi secara rasmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN