Selamat bernikah, ibu Shila Amzah kini isteri Zainal - Utusan Malaysia

Selamat bernikah, ibu Shila Amzah kini isteri Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Zainal dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada Sabtu.

Perkara itu terbongkar selepas duo pereka fesyen, Seth & Luna memuat naik video persiapan pasangan pengantin berkenaan di laman Instagram mereka.

Menerusi hantaran tersebut, Fauziah dan Zainal dilihat sedondon mengenakan busana berona ungu muda ketika sedang dirias oleh jurusolek.

“Tahniah Shila dapat bapa baharu. Selamat pengantin baharu Mama Zie (Fauziah) dan Tuan Zainal. Semoga kekal hingga jannah,” tulis kapsyen hantaran berkenaan.

Sementara itu, suami Shila Amzah, Ubai ketika dihubungi mengesahkan majlis ijab kabul telah berlangsung dengan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Imbas kembali, Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi era 1980-an, ND Lala dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nur Shahila (Shila Amzah), Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

Perkahwinan mereka berakhir apabila ND Lala melafazkan cerai pada 2 Ogos 2023 di sebuah masjid, namun perkara tersebut hanya dimaklumkan kepada Fauziah menerusi aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos 2023.

Pada 5 September 2023, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai yang dibuat ND Lala melalui ‘voice note’ di WhatsApp pada 2 Ogos 2023 adalah sah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN