Ramai usik insiden ‘pegang bahu’, Amad Dayyan tidak berkecil hati

Ramai usik insiden ‘pegang bahu’, Amad Dayyan tidak berkecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja yang semakin meningkat naik, Amad Dayyan, menegaskan,dirinya tidak pernah terasa hati dengan gurauan rakan sekolah yang mengusiknya berhubung insiden memegang bahu ketika membuat persembahan di konsert final program Talk To My Manager (TTMM) baru-baru ini.

Insiden tersebut pernah mencetuskan tanda tanya apabila Amad dilihat memegang bahunya yang dikatakan terasa ‘berat sebelah’ sehingga dikaitkan pula dengan dakwaan gangguan mistik.

Aksi spontan itu kemudiannya mengundang perhatian penonton dan kebimbangan peminat.

Bagaimanapun, anak saudara kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu kekal tenang dan menganggap usikan rakan-rakan sebagai lumrah dalam kehidupan pelajar.

“Suasana di sekolah baik sahaja. Ada yang bergurau suruh saya jangan menyanyi sambil pegang bahu.

“Saya tidak ambil hati, malah saya turut ketawa. Benda kecil saja,” katanya.

Amad berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single sulungnya, Mendewasa, yang berlangsung di ibu negara, semalam.

Selain itu, mengulas mengenai dakwaan kononnya wujud pihak yang cemburu dengan kejayaannya di usia muda, penyanyi berumur 13 tahun itu memilih untuk tidak melayan perkara negatif.

“Saya ambil dari sudut positif. Ia motivasi untuk saya terus maju dalam kerjaya seni.

“Saya tidak baca komen. Kalau ada yang kurang enak, ibu yang uruskan. Saya buat kerja saya saja,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun ada ketika komen negatif mampu mengganggu emosi, Amad tekad untuk terus melangkah dan tidak membiarkan hal remeh menjejaskan fokusnya sebagai artis muda yang sedang mengukir nama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN