Nur Nilam Ortiz & Azlan Komeng peroleh perintah injuksi inter partes - Utusan Malaysia

Nur Nilam Ortiz & Azlan Komeng peroleh perintah injuksi inter partes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pasangan pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz dan Azlan Komeng, hari ini memperoleh perintah injunksi inter partes daripada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap individu bernama Norsufiah (juga dikenali sebagai CP), berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah terhadap mereka.

Perintah tersebut melarang pihak CP daripada mengeluarkan, menyiarkan atau menerbitkan sebarang kenyataan berpotensi fitnah terhadap pasangan berkenaan, sementara menunggu penyelesaian penuh kes saman yang difailkan oleh pihak Nur Nilam dan Azlan.

Dalam pada itu, perintah injunksi ini disahkan oleh firma guaman Tetuan Kung, Yudhist, Anis, Rasyid Aziana & Co, yang mewakili pasangan tersebut. Mahkamah membenarkan permohonan tersebut setelah meneliti hujahan dan dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Menurut Nur Nilam, keputusan tersebut merupakan satu langkah positif dalam usaha mereka menegakkan kebenaran dan melindungi reputasi daripada kenyataan tidak benar di ruang awam.

“Saya anggap ini permulaan yang baik dalam perjuangan kami mencari kebenaran. Kami hanya mahu membersihkan nama dan meneruskan kehidupan dengan tenang. Semoga proses mahkamah berjalan lancar,” katanya.

Di samping itu, perintah injunksi ini menandakan langkah penting dalam memastikan isu berkenaan diselesaikan melalui proses perundangan yang sah dan adil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN