Kumpulan Alpha mula jalani latihan di Korea Selatan - Utusan Malaysia

Kumpulan Alpha mula jalani latihan di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan M-Pop sensasi temptan, ALPHA dilaporkan telah selamat tiba di Korea Selatan pada pukul 5 petang waktu tempatan semalam.

Difahamkan, kumpulan yang popular dengan lagu Mona Lisa (Bang Bang) dan P Ramlee Saloma itu, berada di negara itu bagi menjalani latihan intensif selama tiga minggu.

Menurut pihak pengurusan mereka, Rocketfuel Entertainment, latihan itu merangkumi dua aspek utama iaitu latihan vokal dan latihan tarian.

“Sepanjang berada di sana, mereka juga bakal merakamkan sebuah lagu yang dicipta oleh komposer Korea Selatan.

“Dalam masa sama, mereka juga turut menerima tunjuk ajar daripada jurutari profesional di sana, dengan mempelajari koreografi bagi lagu baharu yang bakal mereka rakamkan nanti,”kata pihak pengurusan ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Selain itu, menurut Rocketfuel, proses latihan intensif itu juga bakal disiarkan di Astro tidak lama lagi.

Terdahulu, Alpha menerusi kenyataan salah seorang anggotanya, Ray D, mengakui mereka sudah bersedia untuk menjalani latihan intensif secara profesional termasuk nyanyian dan tarian di Korea.

Menurut Ray D peluang ini menjadi medan terbaik untuk mereka menimba pengalaman baharu dan memperkukuh keupayaan kumpulan sebelum tampil dengan projek seterusnya.

Selain Ray D, Alpha turut dianggotai oleh Araff Mohamed, Afiq Sky, Daniel Sher, Ariel Fesol, Rizal Rasid dan Izat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN