Jangan kata mahu senangkan mak abah, tambah malu mereka adalah - Aya Amiruddin

Jangan kata mahu senangkan mak abah, tambah malu mereka adalah – Aya Amiruddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pempengaruh media sosial, Aya Amiruddin, berkongsi luahan hati apabila mengimbas kembali perjalanan hidupnya yang penuh liku sebelum mengecapi kejayaan pada hari ini.

Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Aya mendedahkan bahawa dirinya pernah melalui fasa sukar sehingga berasa gagal dan malu terhadap ibu bapanya.

“Teringat ada satu masa dulu, aku rasa aku ni gagal. Jangan kata nak senangkan mak abah, lagi tambah malu mereka adalah.

“Macam-macam aku hadap, aku pikul. Tapi satu saja, aku memang yakin Tuhan itu ada. Macam mana susah pun, tak pernah Tuhan tak bantu,” luahnya.

Selai itu, Aya turut menzahirkan rasa syukur apabila kini dilantik secara rasmi sebagai duta jenama ubatan, Uphamol.

“Hari ini, secara rasmi saya bangga dilantik sebagai duta. Melihat kembali ke belakang, aku tak terungkap dengan kata-kata rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ini.

“Sesungguhnya, rezeki Allah itu seluas langit biru, seluas lautan yang amat-amat luas,” ujarnya.

Tambah Aya lagi, peluang tersebut dianggap antara pencapaian terbesar dalam kariernya, apatah lagi dapat bekerjasama dengan personaliti terkenal, Nabil Zira.

“Menjadi sebahagian daripada keluarga baharu ini merupakan satu kejayaan besar buat saya. Malah bekerjasama dengan Nabil juga merupakan satu pengalaman yang bermakna, Alhamdulillah,”katanya.

Dalam pada itu, Aya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan pengikut yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya seninya selama ini.

“Aku nak cakap terima kasih dekat anda semua yang dah ada dalam perjalanan seni aku ini. Tanpa anda, siapalah Aya Amiruddin.

“Aku doakan korang semua sentiasa dilimpahkan rezeki daripada Tuhan tak putus-putus,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN