Isteri hamil empat bulan, Al-Ghazali pula yang mengidam - Utusan Malaysia

Isteri hamil empat bulan, Al-Ghazali pula yang mengidam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Personaliti media sosial, Alyssa Daguise berkongsi momen lucu sepanjang kehamilannya menerusi siaran (broadcast) di Instagram, termasuk pengalaman mengidam yang sebenarnya dialami oleh suaminya, Al Ghazali.

Dalam perkongsiannya, Alyssa, 27, mengakui dia tidak mengalami sebarang rasa mengidam sejak awal kehamilan.

“Kelakarnya saya tak pernah mengidam apa-apa sejak mula hamil. Sebaliknya Al pula tiba-tiba mengidam makanan yang dia tak pernah makan sebelum ini,” katanya.

Kongsinya lagi, anak sulung kepada penyanyi Maia Estianty itu juga dilihat makan dalam kuantiti lebih banyak berbanding sebelum ini dan sering menawarkan makanan kepada isterinya.

“Dia kerap tiba-tiba bawa makanan ke bilik saya, tapi saya tak lapar. Mungkin dalam kepala dia, ‘Jangan aku sorang saja yang gemuk, tolong ikut sekali,’” katanya berseloroh.

Alyssa turut mendedahkan dia tidak mengalami masalah serius seperti kebanyakan ibu hamil lain, namun mudah mengantuk.

“Saya dari awal tak pernah muntah. Selalunya saya sangat mengantuk dan asyik nak tidur,” katanya.

Berasa sihat, Alyssa masih meneruskan rutin senamannya seperti biasa mengikut nasihat doktor.

“Untuk gim dan pilates, sejak trimester pertama doktor benarkan sebab saya memang biasa melakukannya sebelum hamil, jadi ia selamat.

“Cuma tak boleh angkat berat sangat dan kena dengar keadaan badan kalau penat,” jelasnya.

Menerusi perkongsian terbaharunya, Alyssa berkata doktor menasihatinya supaya mengelakkan pengambilan makanan yang terlalu manis.

“Nak pesan pencuci mulut, tapi tak boleh yang terlalu manis kata pakar obgin saya. Huhuhu,” tulisnya.

Untuk rekod, Alyssa Daguise dan Al Ghazali mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2025. Dalam satu temu bual, pasangan itu menyatakan hasrat untuk memiliki empat orang anak.

Pasangan muda itu mengumumkan kehamilan pertama Alyssa melalui Instagram pada Sabtu (22 November 2025) dengan berkongsi beberapa foto sesi fotografi kehamilan.

“Kami telah melalui banyak fasa kehidupan bersama, tetapi menjadi ibu bapa adalah yang paling indah setakat ini.

“Baby ALs sedang dalam perjalanan. Alhamdulillah!” tulis mereka dalam kapsyen hantaran tersebut.

Ketika ini, kandungan Alyssa telah memasuki usia empat bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN