KUALA LUMPUR: Pempengaruh kelahiran Indonesia, Ahmad Jaelani, atau lebih dikenali sebagai Mimi Peri, terkilan apabila ada segelintir warganet menuduh dirinya berseronok sejak pemergian ibunya, Siti Purwati Muslimah, 30 Oktober lalu.
Tuduhan itu berlaku berikutan Mimi membuat keputusan untuk bercuti di Bali selepas selesai pengebumian arwah ibunya.
Bagaimanapun, tuduhan itu bagi tidak wajar selain menyifatkan tidak semua memahami perasaan sedih yang ditanggungnya.
“Orang mengatakan ‘Mimi emak meninggal, malah Mimi bersenang-senang. Saya takut pulang ke rumah. Saya takut banya sekali kenangan.
“Saya perlukan waktu yang lama untuk balik ke rumah. Saya harus penat, biar saya sakit dan menyusul emak meninggal.
“Saya harus lelah dahulu, saya harus sakit biar saya meninggal,”luahnya di Instagram hari ini.
Selain itu, Mimi juga sempat meminta warganet supaya bertenang kerana hakikatnya dia tidak pernah berasa gembira sejak ibunya tiada.
“Tenang sahaja, saya tidak gembira. Biar saya pergi jauh,”katanya.
Difahamlkan, ibu Mimi meninggal dunia akibat serangan jantung.
Sebelum ini, Mimi sering menampilkan ibunya itu dalam hantaran video di media sosial miliknya sekali gus mencuri perhatian di kalangan peminatnya.










