Disuruh ‘move on’, Liza Hanim terkilan dilempar komen negatif

Disuruh ‘move on’, Liza Hanim terkilan dilempar komen negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Liza Hanim, meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila ada warganet tergamak menulis komen menghina dengan mendakwa dirinya sudah tidak lagi relevan dalam industri seni selain menyuruhnya berputus asa daripada terus menghasilkan karya baharu.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Liza berkata walaupun dia sedar tidak semua orang akan menyukai setiap hasil kerjanya, namun komen bersifat memperlekeh dan mahu menjatuhkan semangat itu tetap mengguris hati.

“Apa perasaan bila komen sebegini dilemparkan? Saya sebenarnya tak perlu melayan, namun saya sekadar bersuara.

“Benar, bukan semua akan suka dengan apa yang kita lakukan, tetapi ramai juga yang percaya dan menyokong.

“Mengapa perlu berkata sedemikian kalau memang saya bukan pilihan? Kalau tidak menggemari, tak perlu berikan perhatian pada apa yang saya hidangkan, mudah, bukan?” katanya.

Menurut Liza, sebagai penyanyi dan penyampai, dia hanya menjalankan tugas apabila menyanyikan lagu runut bunyi (OST) untuk drama Sumpah Ibuku, dan pihak produksi adalah pelanggan yang mempercayai bakatnya.

“Ini adalah sumber rezeki saya. Usaha saya. Siapa anda untuk menghina sedemikian rupa?” tegasnya.

Liza turut menyatakan bahawa banyak kisah di sebalik perjalanan seninya yang tidak pernah didedahkan kepada umum.

“Andainya saya bersuara, pasti industri akan terkejut dengan kisah saya yang selama ini diselimutkan agar tidak kelihatan.

“Namun saya percaya pada rezeki. Allah telah melimpahkan pelbagai nikmat dan siapalah saya jika tidak mensyukurinya,” ujar penyanyi itu.

Selain itu, Liza juga menegaskan keputusan untuk berehat suatu ketika dahulu dibuat atas kehendaknya sendiri, dan kepulangan semula ke pentas nyanyian juga kerana minat yang tidak pernah padam.

“Saya berehat dulu kerana saya mahu, dan saya kembali menyanyi pun kerana kemahuan saya sendiri, bukan kerana orang seperti anda!

“Selagi masih bersuara, selagi Allah izinkan, selagi suami merestui dan masih ada kepercayaan, saya akan teruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Liza turut berkongsi mengenai single terbaharunya, Jeda Derita, ciptaan adiknya Tomok dengan lirik oleh Fedtri Yahya.

Menurut Liza, dua individu itu baginya amat memahami liku perjalanan kariernya.

Tidak cuma itu, Liza juga meminta peminat untuk menstrim lagu tersebut di semua platform digital serta saluran YouTube Alternate.

Mulai 19 November, Jeda Derita bakal berkumandang setiap hari menerusi drama Sumpah Ibuku.

Apa yang menjadikan tarikh tersebut lebih bermakna buat Liza kerana ia bersamaan dengan ulang tahun kelahirannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN