Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung - Utusan Malaysia

Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buat julung kali, peminat arena permotoran utara tanah air digegarkan dengan penganjuran karnival permotoran terbesar Northern Festival Of Speed (NFOS) anjuran Northern Speedo & Choii Motorsports dengan kerjasama penuh PMH (Perniagaan Mazlan & Hashimah).

Northern Festival Of Speed berlangsung pada 3-5 Oktober (Jumaat hingga Ahad) di PICCA Butterworth, Pulau Pinang menjanjikan kemeriahan tersendiri kerana menggabungkan serta menampilkan pelbagai aktiviti menarik merangkumi pameran gaya hidup, automotif, hiburan dan aktiviti keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif PMH, Izwan Mazlan berkata, mereka amat berbesar hati menjadi penaja utama Northern Festival Of Speed (NFS) sebagai tanda sokongan dan penghargaan tinggi terhadap industri automotif Malaysia.

“Kami sanggup berbelanja besar untuk menjadi penaja untuk menjayakan aktiviti automotif yang bermanfaat ini dan dalam masa kami memang menyokong program anak muda serta merakyatkan program sebegini.

“Ia terutama kepada semua golongan masyarakat yang meminati bidang automotif, kereta sekali gus akan memupuk minat kepada semua generasi, memberi peluang buat mereka menikmati pengalaman baharu melihat koleksi kereta-kereta yang ‘rare’, menarik yang datang dari pelbagai negara ini secara eksklusif.

“Selain itu, penganjur juga turut membuka reruai pameran dan jualan kereta-kereta import recond (terpakai) dari luar negara, motosikal elektrik (EV) keluaran pengilang bumiputera iaitu model LION G1 GGR EV yang sedang melonjak naik permintaannya di tapak pameran di Picca, Butterworth,”katanya.

PMH dan GGR turut menyokong penuh usaha kerajaan untuk ke arah memperluaskan dan penggalakkan penggunaan motosikal elektrik EV yang berteknologi tinggi, mesra alam, bermanfaat dan ada penjimatan ini di kalangan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, mereka mahu menjadi pelaksana dan penyumbang untuk memberi pendedahan serta galakan kepada rakyat Malaysia untuk menggunakan motosikal dan kereta EV bagi menyahut saranan kerajaan ke arah mobiliti teknologi hijau.

Tambahnya lagi, PMH sebelum ini banyak terbabit dengan karnival rakyat, automotif permotoran yang melibatkan masyarakat seperti Santai Anak Utara (SAU) dan pelbagai lagi yang lain.

Program selama tiga hari ini bertarikh 3-5 Oktober 2025 akan bermula pada jam 12 tengahari dan akan berakhir pada jam 12 tengah malam.

Selain itu, Izwan berkata, kemuncak Northern Festival Of Speed akan berlangsung pada hari Ahad bagi acara penutup program serta pengumuman pemenang hadiah utama cabutan bertuah.

Sementara itu, penganjur Faris Azri, Choii Motorsports dan Muhammad Hadzimi pengasas Northernspeedo berkata, pihaknya menyasarkan Northern Festival Of Speed dihadiri lebih 70,000 pengunjung selama tiga hari acara berlangsung.

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran artis popular tempatan seperti kumpulan XPDC, penyanyi rap Benzoloo dan Zaynakal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN