Anak sulung Che Ta bertunang, identiti bakal menantu kekal rahsia - Utusan Malaysia

Anak sulung Che Ta bertunang, identiti bakal menantu kekal rahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak kepada pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta, iaitu Ammar Effendy, dikhabarkan telah melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita pilihan hatinya semalam.

Perkara itu dikongsikan Che Ta menerusi hantaran di Instagram Story miliknya dengan memuat naik semula beberapa foto dan video yang dirakam tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, Ammar dilihat segak mengenakan baju Melayu berwarna merah jambu sedondon dengan pasangannya yang tampil ayu dalam busana berona sama.

Majlis yang berlangsung dalam suasana eksklusif dan tertutup itu turut dihadiri ahli keluarga terdekat, dengan Che Ta serta anggota keluarganya mengenakan busana berwarna kuning.

Bagaimanapun, wajah serta identiti tunang Ammar masih dirahsiakan apabila pasangan itu memilih untuk tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai wanita berkenaan.

Untuk rekod, Che Ta sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Azuar Effendy Zulkaply pada tahun 1995 sebelum bercerai pada 2003.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Pelakon drama Kiah Pekasam itu kemudian berkahwin dengan pelakon Zain Saidin pada 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN