Adakah jenayah boleh dimaafkan demi peperiksaan - Mimi Lana

Adakah jenayah boleh dimaafkan demi peperiksaan – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ini bukan kes salah laku biasa, ini jenayah yang berlaku di dalam kawasan sekolah,”

Demikian luahan kekecewaan pelakon, Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana,30, terhadap tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang disifatkannya seolah-olah mempertahankan pelaku dalam satu kes jenayah rogol di sekolah baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Mimi mempersoalkan keutamaan yang diberikan kepada pelaku dengan alasan perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sedangkan ada mangsa dalam kejadian tersebut.

“Kenapa Menteri Pendidikan begitu sibuk mempertahankan si pelaku dengan alasan dia perlu ambil SPM? Bukankah keutamaan sepatutnya diberikan kepada mangsa yang menjadi korban keadaan ini?.

“Apabila suara rasmi seorang menteri sendiri kelihatan lebih simpati pada pelaku berbanding mangsa, apa mesej yang nak disampaikan? Adakah jenayah boleh dimaafkan demi peperiksaan pula?.

“Kalau beginilah hala tuju kepimpinan pendidikan negara, jangan terkejut kalau sistem ini perlahan-lahan hancur atas nama toleransi yang salah.

“Ini bukan kali pertama kenyataan tidak sensitif dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan,”ujarnya menerusi hantaran.

Pelakon drama Perempuan Itu juga turut menegaskan bahawa masyarakat perlu lebih peka terhadap isu keadilan dalam sistem pendidikan negara.

Terdahulu, tular isu empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol secara bergilir-gilir di sebuah sekolah menengah dan tetap akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula pada 3 November depan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, katanya walaupun kes masih dalam siasatan polis, namun hak pelajar untuk menduduki peperiksaan tetap dipelihara selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN