Zizi Kirana selamat tiba di Tunisia - Utusan Malaysia

Zizi Kirana selamat tiba di Tunisia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Alhamdulillah sampai Tunisia. Saya keluar ke bahagian atas kapal dan terdengar laungan azan. Ya Rabb, Penolong, Pelindung dan Penjaga kami satu-satunya.”

Demikian kata penyanyi, Zizi Kirana ketika memaklumkan dia bersama ahli kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di Tunisia malam Ahad selepas lapan hari berlayar.

Mengakui gementar di saat memasuki perairan antarabangsa, Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 40, memaklumkan dia bersama ahli kumpulan lain terpaksa menghadkan dari memuat naik sebarang perkembangan terkini atas faktor keselamatan.

“Semakin dekat dengan Tunisia sebenarnya semakin mendebarkan kerana tak lama lagi kami akan masuk ke perairan antarabangsa dan boleh kata Red Zone.

“Jadi mungkin ketika itu agak susah kami nak berkongsi perkembangan semasa atau membuat siaran langsung kerana kami perlu sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.

“Apa-apa pun saya sangat terharu dengan semangat, doa dan sokongan dari kalian semua. Tolong sebarkan pada satu dunia ini adalah misi bukan keganasaan,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, penyanyi lagu Eh! itu turut berkongsi foto pemandangan di Tunisia.

Terdahulu, Zizi menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bersama beberapa aktivis dari Malaysia dan 44 negara lain sebelum berlayar melalui Laut Mediterranean pada 31 Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN