Neelofa kekal istiqamah, syarikat Perancis kembali tawar kontrak lebih lumayan - Utusan Malaysia

Neelofa kekal istiqamah, syarikat Perancis kembali tawar kontrak lebih lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa membuktikan jalan yang dipilih adalah sebaik baik keputusan. 

Menerusi perkongsian dalam sebuah majlis ilmu baru-baru ini, suami kepada Neelofa, PU Riz mendedahkan sebuah jenama besar pernah membatalkan kontrak jutaan ringgit kerana isterinya memakai niqab. 

“Sebuah syarikat besar yang berasal dari Perancis menjual produk penjagaan wajah berfikir semula sama ada perlu ambil Neelofa ataupun tidak, kerana Neelofa sudah berniqab,

“Mereka bubarkan kontrak yang nilainya jutaan ringgit. Kalau saya projek berjuta macam ini, saya akan minta mereka sambungkan semula tapi Neelofa tidak memilih begitu.” Ujarnya.

Selepas gaya muslimah Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menjadi perhatian ramai, syarikat yang sama menawarkannya semula dengan nilai yang berlipat kali ganda.

“Syarikat yang buang dahulu, datang kembali dengan tawaran nilai berlipat kali ganda, meminta dan merayu Neelofa untuk menjadi duta semula,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN