Jauhi sahajalah lelaki begini - Nad Zainal

Jauhi sahajalah lelaki begini – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Nad Zainal, 35, berpendapat, golongan lelaki yang bergantung harap kepada isteri yang berpendapatan tinggi dan rela menjadi ‘house husband’ seharusnya dijauhi oleh kaum wanita bergelar isteri.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkata, tindakan lelaki seperti itu hanya menunjukkan bahawa mereka seorang yang malas untuk bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga.

“Isteri aku okey sahaja, gaji dia pun banyak. Atau ayat seperti ‘eh dia dah janji masa awal kahwin, jadi saha ‘house husband’, jauhi lelaki begini.

“Kalau dah malas itu cakap sajalah. Isterilah kerja, isteri mengandung, cuti isteri masak, isteri bayar bil hospital beranak, jadi apa fungsi suami?

“Bab agama pun cetek, kewangan lagilah,lari sahajalah ya. Itu saja nak pesan,”katany dalam Instagram Story (igs).

Bagaimanapun, Nad berkata, keadaan itu tidak dilihat menjengkelkan andai si suami diuji dengan kehilangan kerja dan sebagainya.

“Akan tetapi, kalau suami pernah bekerja, tetapi dibuang kerja, atau ada masalah kesihatan, janganlah dibuang pula suami itu. Ini kes berbeza tahu,”katanya.

Terdahulu, Nad meluahkan komen itu setelah berkongsi sebuah video daripada seorang imam terkemuka di Kanada, Shaykh Rasoul, yang menyentuh mengenai peranan lelaki di media sosial.

Meskipun dalam nada jenaka, ia bagaimanapun menyuntik nasihat berguna kepada semua pihak terutama golongan lelaki yang seharusnya berperanan sebagai ketua keluarga yang baik.

Menerusi video itu, Shaykh Rasoul menjawab pertanyaan netizen mengenai status suami yang bergelar suri rumah.

“Adakah haram untuk menjadi ‘stay at home husband’ jika si isteri baik-baik saja dengan keadaan itu. Hati-hati.

“Mungkin keadaan itu berlaku, di mana Isteri anda mempunyai pekerjaan yang lebih baik daripada anda.

“Anda boleh memasak lebih baik daripada isteri anda. Jika anda semua baik-baik saja dengannya, tiada masalah. Habibi, tahniah anda mempunyai ‘sugar mummy’,”selorohnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN