Hampir tolak 'job' Seadanya Kita gara-gara dahi koyak - Utusan Malaysia

Hampir tolak ‘job’ Seadanya Kita gara-gara dahi koyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nelissa Nizam mendedahkan dirinya hampir menolak tawaran membintangi drama terbaharu, Seadanya Kita, selepas mengalami kemalangan di bilik air hanya beberapa hari sebelum penggambaran bermula.

Nelissa atau nama penuhnya Nelissa Edreena Nizam, 27, berkata, insiden itu menyebabkan dahinya koyak teruk sehingga terpaksa menerima jahitan yang banyak.

“Saya hampir menolak tawaran berlakon kerana lima hari sebelum masuk set, saya jatuh di bilik air. Dahi saya koyak dan terbelah sampai nampak tulang.

“Banyak juga jahitan. Memang sedih kerana pada awalnya saya fikir perlu lepaskan tawaran itu,” katanya.

Nelissa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Watch Party Seadanya Kita yang berlangsung di W Factory, Shah Alam, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Nelissa bersyukur apabila pihak produksi memahami situasinya dan memberikan tempoh rehat sebelum kembali ke set.

“Saya beritahu pengurus, saya tidak mahu susahkan sesiapa, terutama produksi. Saya anggap bukan rezeki. Tetapi produksi beritahu watak itu memang untuk saya.

“Selepas berbincang, saya diberi cuti kira-kira 10 hari sebelum mula penggambaran,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kecederaan tersebut turut mempengaruhi gaya penampilannya dalam drama berkenaan.

“Kalau perasan, gaya rambut saya dalam drama itu menutup bahagian depan dahi kerana kesan luka masih ada,” katanya.

Selain Nelissa, drama Seadanya Kita yang kini bersiaran menerusi platform OTT Viu Malaysia turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Mierul Aiman, Emma Maembong, Shah Jaszle, Ara Johari dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN