Angelina akui hidup lebih tenang selepas peluk Islam - Utusan Malaysia

Angelina akui hidup lebih tenang selepas peluk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti, Angelina mengakui kehidupannya kini lebih tenang sejak bergelar mualaf.

Menariknya, perubahan itu bukan sahaja dirasai oleh dirinya, malah turut membuka ruang buat rakan-rakan dan keluarga terdekat untuk lebih mengenali Islam.

“Memeluk Islam juga membuka satu ruang dan satu pintu untuk Angeline belajar lebih banyak. Bukan sahaja untuk dunia tetapi di kemudian hari.

“Ramai kawan saya yang berbangsa Cina atau India mula bertanya tentang Islam.Selama ini mereka tidak pernah ada peluang untuk bertanya. Jadi bila mereka tanya, saya akan cuba sedaya upaya untuk jawab dan berkongsi setakat yang saya tahu, tidak kira masa atau tempat,” ujarnya.

Angelina menyifatkan perkongsian kecil itu sebagai satu bentuk dakwah yang mampu dilakukan dalam kehidupan seharian.

Malah, dia turut mengingati pesanan Ustaz Zawawi yang pernah berkongsi sabda Nabi Muhammad SAW iaitu, ‘Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat’.

“Bagi saya, kalau kita mula berkongsi dengan kawan atau keluarga terdekat, itu pun sudah cukup. Ia mungkin kecil, tapi memberi makna besar,” tambahnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN