Tolak tawaran duta bernilai RM1.2 juta, Atikah Suhaime dipuji suami - Utusan Malaysia

Tolak tawaran duta bernilai RM1.2 juta, Atikah Suhaime dipuji suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan pelakon , Datin Atikah Suhaime, menolak tawaran lumayan bernilai RM1.2 juta daripada sebuah jenama antarabangsa demi solidariti terhadap rakyat Palestin, nyata membuatkan suaminya, Datuk Lokman Teh, berasa amat bangga.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Lokman menerusi platform Threads, semalam.

Lokman mendedahkan, tawaran tersebut datang daripada sebuah jenama besar yang mahu melantik isterinya sebagai duta.

Bagaimanapun, ia ditolak mentah-mentah oleh Atikah kerana jenama itu dikaitkan dengan entiti yang bersubahat dengan Israel.

“Saya nampak kontrak atas meja bernilai RM1.2 juta. Lima hari kemudian baru saya bertanya kepada Atikah.

“Katanya, tawaran itu memang lumayan, tetapi dia enggan menerima kerana komited dengan boikot terhadap pihak yang menyokong penindasan di Palestin.

“Serius saya bangga dengan dia. Dalam hati, memanglah nak juga RM1 juta tu (secara jujur), tapi saya tahu jenama itu memang milik Yahudi,” katanya.

Menurut Lokman, dia lebih kagum kerana Atikah tidak memaklumkan perkara itu lebih awal, seolah-olah tidak menganggap tawaran tersebut penting untuk dipertimbangkan.

Sebaliknya,katanya,  pelakon kelahiran Singapura itu bertegas bahawa prinsip dan maruah agama jauh lebih berharga berbanding habuan wang ringgit.

“Dia kata, ‘Duit akan habis, tapi dosa menyokong pihak yang terlibat dengan pembunuhan tidak akan diampunkan. Jadi tak perlu kita bercakap panjang soal ini’,” ujarnya lagi.

Perkongsian itu segera mencuri perhatian netizen yang rata-rata memuji pendirian tegas Atikah, selain menganggap dirinya wajar dijadikan contoh dalam mempertahankan prinsip walaupun berdepan tawaran besar.

Untuk rekod, Atikah Suhaime sebelum ini pernah terbabit dalam beberapa drama popular tanah air dan kini aktif dalam pelbagai kerja amal, termasuk mengumpul dana untuk rakyat Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN