‘Tak pakai duit kau pun’ - Fareez Adnan - Utusan Malaysia

‘Tak pakai duit kau pun’ – Fareez Adnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan penyanyi dan personaliti media sosial, Farez Adnan, yang memilih untuk menjalani rawatan wajah di Korea Selatan, mencetuskan pelbagai reaksi netizen termasuk kecaman di media sosial.

Menerusi sebuah video di platform TikTok, Farez atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan Adnan, 30, dilihat tampil menjawab sindiran seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan keputusannya ke negara tersebut semata-mata untuk menjalani rawatan kecantikan.

Netizen berkenaan menyifatkan langkah itu sebagai satu pembaziran kerana kos perjalanan dan rawatan di luar negara dikatakan lebih tinggi.

Katanya, prosedur serupa boleh dilakukan di Malaysia dengan harga lebih rendah.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Aduh Geli Mama itu menegaskan pemilihannya ke Korea dibuat atas faktor peribadi selain mengambil peluang untuk bercuti di negara berkenaan.

Malah, Fareez mendakwa kos rawatan yang dijalani di sana sebenarnya tiga kali ganda lebih murah berbanding di Malaysia.

“Tak pakai duit kau pun. Pergi sana dapat jalan-jalan juga, sama saja. Tengok poket sendiri, rasa nak pergi buat dekat Korea pergi lah.

“Yang Malaysia pun tempah dari Korea, dekat Korea tiga kali ganda lebih murah,” jelasnya dalam video tersebut.

Farez dalam masa sama menegaskan bahawa setiap individu berhak menentukan pilihan dan keutamaan masing-masing selagi tidak membebankan pihak lain.

Selain itu, Fareez turut menyarankan orang ramai agar menilai kemampuan diri sendiri sebelum mengeluarkan sebarang kritikan terhadap keputusan orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN