Selepas video selawat, Zarina Zainuddin buat lagu pulut kuning pula - Utusan Malaysia

Selepas video selawat, Zarina Zainuddin buat lagu pulut kuning pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas dikecam ramai menerusi rakaman suara sumbang untuk video zikir, pelakon, Zarina Zainuddin sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tampil dengan kelainan menerusi satu perkongsian video di TikTok.

Kali ini, Zarina menyanyikan lagu ciptaannya sendiri khusus untuk mempromosikan produk pulut kuning keluarannya.

Berbeza dengan video sebelum ini yang sering berkisar mengenai selawat, Zarina memilih pendekatan kreatif dengan menghasilkan lirik dan melodi sendiri bagi menarik perhatian pelanggan.

“Semoga terhibur, saya bukan seorang penyanyi, tetapi ini lagu untuk pulut kuning saya,” tulis Zarina di ruangan kapsyen.

Tindakan pelakon itu nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan idea unik tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan pengguna di media sosial adalah seperti berikut.

“Aku dengar sampai habis sebab melodi dan lirik dia sedap pula. Cuma bunyi itu kena rendah sikit,”kata pengguna.

“Tak apa, terhibur saya pagi-pagi kak… serius, ok apa,” komen pengikutnya di Tiktok.

Lebih mencuit hati, ada netizen berseloroh menyamakan Zarina dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang terkenal dengan lagu-lagu promosi produknya.

Antara komen berbunyi seperti berikut.

“Jangan beritahu Datuk Aliff, nanti dia buat lagu baru,”tulis seorang pengikut.

“Habislah Datuk Aliff bukan penyanyi nombor satu lagi,”kata seorang lagi pengguna.

Tindakan Zarina itu sekali lagi membuktikan kreativitinya dalam mempromosikan perniagaan selain menghiburkan para pengikutnya di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN