10 lelaki terlibat pergaduhan di Kafe Beringin ada rekod jenayah

10 lelaki terlibat pergaduhan di Kafe Beringin ada rekod jenayah

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semakan terhadap tangkapan membabitkan 10 lelaki dalam pergaduhan antara dua kumpulan di Kafe Beringin, Taman Beringin, Sentul baru-baru ini mempunyai pelbagai rekod jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, rentetan insiden itu, 10 lelaki berusia 28 hingga 41 tahun ditahan kerana merusuh.

Menurutnya, kesemua suspek memiliki rekod lampau sama ada jenayah atau dadah atau kedua-duanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek diperolehi antara satu hari hingga hingga tiga hari mulai kelmarin hingga esok dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan berang anak saudara ditampar individu tidak dikenali dipercayai punca pergaduhan antara dua kumpulan.

Susulan itu, 10 lelaki tempatan ditahan kelmarin dan awal pagi semalam di sekitar Jinjang berhubung kejadian itu. –
UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN