PARLIMEN: Tiada pemotongan elaun Bayaran Insentif Wilayah

PARLIMEN: Tiada pemotongan elaun Bayaran Insentif Wilayah

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan tiada sebarang pemotongan atau pengurangan elaun termasuk Bayaran Insentif Wilayah (BIW) kepada pegawai perubatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024-Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan telah menetapkan kadar tetap bagi penerima BIW sedia ada.

“BIW pada kadar baharu turut diberikan kepada pegawai baharu yang layak. Bagi penerima sedia ada, kadar tetap adalah berdasarkan amaun terakhir BIW yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa SSPA.

“Bagi pegawai lantikan baharu atau pegawai berkelayakan baharu, kadar tetap adalah antara RM270 hingga RM960 sebulan.

“Kadar elaun BIW secara pegun baharu juga mula diperkenalkan melalui SSPA pada 1 Disember 2024,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KKM di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjelaskan perkara itu susulan isu yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen yang mendakwa elaun BIW telah dipotong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN