Pergerakan terbatas, Cik B terpaksa jumpa bomoh tulang - Utusan Malaysia

Pergerakan terbatas, Cik B terpaksa jumpa bomoh tulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan pempengaruh, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin,20, kini terpaksa menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan pada lutut kiri ketika menyertai sebuah program baru-baru ini.

Difahamkan, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) tersebut mengalami insiden itu ketika dia mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2025 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

Kejadian itu kemudiannya menyebabkan pergerakan Cik B agak terbatas.

Tidak hanya bergantung pada rawatan moden, Cik B turut berikhtiar mendapatkan rawatan tradisional bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

“Mama bawa saya ke Batu Gajah jumpa bomoh tulang, cuba ikhtiar cara kampung.Tak salah kalau usaha, perubatan moden kita buat, tradisional pun kita cuba,” katanya menerusi TikTok.

Penyanyi lagu Tolonglah itu mengakui, usaha itu dibuat kerana tidak mahu terlalu bergantung pada keluarga sepanjang tempoh pemulihan.

“Saya nak cepat sembuh sebab banyak urusan tergendala.

Tak mahu susahkan orang sekeliling, tak mahu susahkan mama dan adik, Kacak,”katanya lagi.

Tindakan Cik B yang berani mencuba rawatan tradisional mendapat pujian netizen yang kagum dengan semangat dan kematangannya.

Dalam pada itu, netizen juga mendoakan supaya Cik B kembali sihat sepenuhnya dan dapat meneruskan rutin harian seperti biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN