Fan Bingbing berjanji mahu terus bantu promosi Malaysia - Utusan Malaysia

Fan Bingbing berjanji mahu terus bantu promosi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bintang filem antarabangsa, Fan Bingbing berjanji akan terus mempromosikan Malaysia selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka,baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Fan berkata, dia akan berterusan memperkenalkan Malaysia kepada orang ramai.

Dalam hantaran yang sama juga, Fan berkongsi gambar ketika menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

“Malaysia telah memberikan saya begitu banyak kasih sayang dan saya akan terus membalasnya dengan mempromosikan pelancongan dan keindahannya kepada lebih ramai orang,”katanya.

Terdahulu, Fan telah dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka.

Difahamkan, kehadirannya selama tiga hari pada Jun 2024 berhasil melonjakkan sektor pelancongan negeri apabila terdapat sebanyak 1.2 bilion carian mengenai dirinya dan Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN